Kembali

Promo produk terbaru HBI, "Materia Medika Reverse Terapeutik Dan Uraian".  [Wasap: 010-303 5123]

  

Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

PROMO BUKU "MATERIA MEDIKA REVERSE TERAPEUTIK DAN URAIAN" SEMPENA 2nd MIIHC 2025 DI Booth UNIVERSITI CYBERJAYA

(Laporan - 14 Julai 2025)

 

oleh:  Penulis Tamu HBI

(Perpustakaan Siber Alternatif Malaysia)

 

Pada tahun 2025, sekali lagi masyarakat Malaysia dihidangkan dengan sebuah buku homeopati terbaharu yang diterbitkan oleh HBI Health & Homoeopathy Centre. Tajuk buku tersebut adalah “Materia Medika Reverse Terapeutik Dan Uraian”, yang ditulis oleh saudara Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. Buku ini dianggap istimewa kerana selain ia mengandungi panduan terapeutik setiap remedi, ia juga memuatkan komentar penulis-penulis buku lain berkaitan remedi yang dibicarakan, termasuk yang bersumberkan nota Materia Medica Dr. Teew Lian Eng.

   Buku tersebut telah mendapat sambutan peminat homeopati atas sokongan daripada pengamal homeopati DrH. Suraya Ariffin, seorang pejuang pengamalan Naturopati dan Homeopati serta pengusaha projek perikemanusian (Humanitarian). Dr.(H) Suraya yang mempunyai lebih 37,000 peminat facebook, merupakan pengamal terpilih untuk memberi kata-kata sambutan bagi buku “Materia Medika Reverse Terapeutik Dan Uraian” yang terbit pada tahun 2025 itu.

   Seorang lagi yang membantu promo buku Mohamed Hatta, adalah pengamal homeopati Dr.(H) Norliza binti Hj. Nordin, iaitu Setiausaha Persatuan Perubatan Homeopati Malaysia (PPHM) yang juga merupakan Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM). Beliau juga telah membantu promosi buku sebelumnya, iaitu ”Preskripsi Pantas Homeopati”, sebuah karya terapeutik 2024 yang ditulis oleh Mohamed Hatta Abu Bakar (HMD) juga.

   Kali ini, sempena dengan pelancaran buku terbaharu, satu kursus homeopati iaitu ”40 Remedi Homeopati" telah dikendalikan secara bersama oleh penulis Mohamed Hatta Abu Bakar dan Persatuan Perubatan Homeopati Malaysia (PPHM). Ia berlangsung setiap hujung minggu mulai 14hb Jun 2025 sehingga 2hb Ogos 2025.

   Lokasi pertama buku terbaharu dipromosikan adalah di booth Konferens Penjagaan Kesihatan Integratif Antarabangsa Malaysia (2nd Malaysia International Integrative Healthcare Conference – MIIHC 2025) yang berlangsung di Universiti Cyberjaya, Cyberjaya, Malaysia pada 14-15 Jun 2025.

   Yang menarik sekali semasa konferense itu adalah apabila kita saksikan pertemuan penulis prolifik Malaysia, Sdr Mohamed Hatta dengan Mr. Manish Jain. Jika Mohamed Hatta mewakil HBI Health & Homoeopathy Centre sebagai penerbit popular buku-buku akademik homeopati dalam bahasa Malaysia, Mr. Manish Jain pula adalah seorang Pengarah syarikat B.Jain Publisher Pvt Ltd. yang masyhur dalam memasarkan buku-buku homeopati dalam pelbagai bahasa (terutama bahasa Inggeris) di seluruh dunia. Kedua-dua individu itu telah saling bertukar pandangan, khususnya berkaitan tajuk buku-buku yang boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.

   Momen penting pertemuan beliau dengan Mr. Manish Jain itu telah diabadikan di dalam gambar bersama di sini sebagai rakan yang sama-sama terlibat dalam penerbitan buku-buku perubatan alternatif, khususnya homeopati.

Gambar di atas adalah sdr Mohamed Hatta Abu Bakar, yang memegang buku "Organon Perubatan Homeopati" yang disaring secara bebas daripada buku "Organon of Medicine", karya Dr. Samuel Hahnemann. Sementara Mr. Manish Jain pula memegang buku "Materia Medika Homeopati", iaitu buku tiga jilid yang disaring secara terpilih daripada sebuah buku asal karya Dr. William Boericke.

 

--------------------------------------------------------------

Sekian. Wa Llahu a’lam.

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta123@gmail.com


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2025