Untuk
membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA yang
disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja
sehingga ia menjadi tabiat baru anda. Setiap minggu dari sekarang
saya akan bincangkan salah satu dari 10 Petua ini. Tetap bersama saya.
Petua 1: Jangkakan kejayaan.
Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang.
Petua 3: Ubah penampilan diri.
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua 8: Saranan diri positif.
Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.
|
Petua 2: Lakunkan Watak Orang Cemerlang
|
Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan
kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti
mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani. Sebut
sahaja tentang 'role model' ini, saya teringat akan sebuah kisah
kejayaan yang telah saya baca tidak lama dahulu. Kisahnya bermula
sewaktu perang dunia kedua. Terdapat seorang jeneral tentera Amerika
yang begitu dikagumi oleh semua disebabkan kejayaan demi kejayaan yang
dibawanya dalam peperangan. Ketokohan dan keberanian jeneral ini
begitu dikagumi juga oleh seorang pemuda berpangkat prebet. Suatu
hari, prebet ini berpeluang bersemuka dengan jeneral lalu dia terus
bertanya, "Tuan, pada pandangan tuan adakah saya mampu, satu hari
nanti. berjaya seperti tuan". Lalu, jeneral itu berkata, "Jangan
tanya saya soalan bodoh ini". Prebet tidak berpuas hati lalu terus
bertanya sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga dia memperolehi
jawaban yang serupa. Lalu prebet bertanya kali ini, "Tuan, tiga kali
saya tanya tuan tetapi tuan tetap berikan jawapan yang serupa, kenapa
begitu tuan?". Lalu jeneral berkata, "Kalau kamu mahu jadi seperti
saya, kamu mesti berfikir seperti saya, berjalan dan bercakap seperti
saya, dan tindakan kamu pastinya juga nanti seperti saya. Kamu hanya
boleh jadi seperti saya sekiranya kamu lalui jalan yang telah saya
lalui. Kalau kamu lalui jalan yang berbeza, kamu akan sampai ke
destinasi yang berbeza juga". Maka, pemuda itu mula faham. Mulai
saat itu dia mula melakunkan setiap watak jeneral dalam kehidupan
hariannya. Iaitu termasuklah cara fikir, cara bercakap dan cara
berjalannya. 20 tahun kemudiannya, prebet itu berjaya merealisasikan
matlamatnya menjadi seorang jeneral di pasukan tentera Amerika.
Cuba anda lihat senario berikut pula, katakanlah anda sebagai seorang
pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan.
Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah
dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukum lumayan iaitu
RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini
ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang.
Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama
anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Apabila pergambaran
bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa
tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar
cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan
anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila
masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak
berpuluh yang akan memohon untuk berlakun.
Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya
yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut
bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat
demi ayat biarpun ketebalannya ratusan muka surat. Anda akan mula
menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada
anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek
kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda
mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang
RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.
Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara
yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda
bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa
kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan.
Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan
seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar,
anda bertindak seperti pelajar cemerlang di sekolah anda. Mengurus
masa, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah
anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti
anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya.
Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini
maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda.
Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin,
jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan
dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa
perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi
pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.
Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun
hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Fikir seperti mana mereka
berfikir, bercakap, bergaya dan bertindak seperti mereka. Lama
kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda.
Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling
anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang
bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda
tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sekarang. Anda mula
memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda
tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan
memerhatikan model ikutan anda.
'Act As If....'
Sekian.. bersambung ke Petua 3.