Sikap
terbina dari pelbagai faktor dan pengaruh. Diantaranya termasuklah
faktor ibu bapa, budaya, ugama, bahan media cetak dan elektronik,
idola, pemakanan, dan sebagainya (Lihat artikel
Sikap Penentu Kejayaan). Atas dasar inilah maka kita dapat lihat
terdapat cara fikir yang berbeza dalam sesuatu kaum atau bangsa. Apa
yang kita lihat, dengar dan alami pastinya akan membentuk pegangan dan
kepercayaan dalam diri kita. Kepercayaan dan pegangan hidup ini akan
mempengaruhi tindakan dan tindakbalas kita.
Cuba perhatikan, apakah hanya secara kebetulan apabila orang menyebut
perkataan JANJI MELAYU? Memang tidak semua orang melayu mungkir janji
tetapi majoritinya begitulah. Apakah secara kebetulan juga apabila
ada yang berkata AUTA KELING? Memang tidak semua india begitu tetapi
majoritinya kita sendiri tahu. Perkara tersebut terjadi kerana adanya
persamaan dari aspek pemakanan dan budaya dalam sesuatu bangsa.
Tambahan pula kita membesar dengan meniru mereka yang terlebih dahulu
dewasa dari kita. Bak kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi. Sekiranya positif pegangan hidup kita maka postif jugalah
nanti natijah dari tindakan kita. Seterusnya positiflah sikap kita. 
Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA
yang disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja
sehingga ia menjadi tabiat baru anda. Setiap minggu dari sekarang
saya akan bincangkan salah satu dari 10 Petua ini. Tetap bersama saya.
Petua 1: Jangkakan kejayaan.
Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang.
Petua 3: Ubah penampilan diri.
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua 8: Saranan diri positif.
Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.
|
Petua 1: Jangkakan Kejayaan.
|
Anda sebenarnya boleh memilih tindakan dan tindakbalas anda. Tindakan
ialah apa yang anda lakukan atau usahakan, tindakbalas pula ialah
respon anda terhadap apa yang berlaku atau terjadi atas diri anda.
Sebahagian besar tindakan dan tindakbalas anda sebenarnya berlaku
secara spontan mengikut kebiasaan atau tabiat. Cuba fikirkan kembali
bagaimana anda butangkan baju anda setiap hari? Jalan mana anda ambil
ke tempat kerja setiap pagi? Air apa yang anda minum untuk sarapan?
Tanpa anda sedari arahan-arahan tersebut datang tanpa anda sedari dari
minda bawah sedar.
Kejayaan dan kegagalan ditentukan oleh perkara yang anda lakukan
setiap hari, bukannya apa yang dilakukan sekali-sekala. Oleh itu
sangatlah penting agar tindakan dan tindakbalas spontan anda setiap
hari menjana sikap positif dalam diri. Tindakan dan tindakbalas anda
menggambarkan sikap anda. Sikap anda pula berdasarkan cara anda lihat
kehidupan yang bakal anda lalui dalam fikiran anda. Kalau tindakan
dan tindakbalas spontan anda adalah negatif, maka ia tidak
menguntungkan anda. Anda perlu lakukan sesuatu untuk mengubahnya.
Antara cara yang boleh anda lakukan ialah sentiasa jangkakan
kejayaan itu milik anda. Lihat yang perjalanan usia anda membawa
anda kepada sesuatu yang besar dan bermakna kepada diri, keluarga dan
masyarakat anda.
Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada
cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah
kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif.
Malangnya dalam kehidupan ini kita lebih sering takutkan kegagalan.
Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar
dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan.
Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah
satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.
Tidak lama dahulu satu kajian telah dilakukan di sebuah sekolah di
California. Guru-guru telah diberitahu, disebabkan kecemerlangan
mereka dalam pengajaran dan pembelajaran maka mereka hanya akan
diberikan murid-murid yang mampu cemerlang dan berIQ tinggi sahaja
pada tahun hadapan. Buka sahaja sessi sekolah yang baru, para
pelajar yang akan menduduki kelas guru cemerlang tersebut terpaksa
dipilih melalui satu ujian IQ yang khusus. Satu kumpulan pelajar yang
telah berjaya dalam ujian IQ ini dan masukkan dalam kelas guru-guru
tersebut. Mereka telah mengajar dengan bersungguh-sungguh dan murid
juga memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh. Walaupun banyak
rintangan dan cabaran, namun guru-guru tidak pernah patah semangat
kerana mereka yakin murid-murid ini mampu berjaya. Malah pengetua
sekolah sendiri telah memberitahu guru-guru ini iaitu walaupun para
pelajar ini berIQ tinggi, mereka tetap terpaksa bertungkus lumus
disebabkan mempelajari sesuatu yang baru memerlukan usaha yang gigih.
Apabila peperiksaan dijalankan, hasilnya cukup membanggakan, para
pelajar telah menghasilkan pencapaian seperti yang dijangkakan.
Apa
yang lebih dibanggakan lagi ialah sebenarnya guru-guru telah ditipu.
Mereka sebenarnya tidak diberikan pelajar yang berIQ tinggi. Ujian IQ
yang diadakan hanya sekadar gimik semata-mata. Para pelajar tersebut
sebenarnya pelajar yang sederhana sahaja pencapaiannya. Apa yang
telah berlaku? Kenapa pelajar ini tetap boleh cemerlang? Perubahan
yang berlaku ialah JANGKAAN KEJAYAAN dalam diri pelajar dan
guru-guru. Guru-guru menjangkakan bahawa mereka pasti mencapai
sasaran yang ditetapkan. Ini disebabkan mereka sememangnya telah
diakui sebagai guru cemerlang dan diberikan pelajar yang bagus-bagus
pula. Pelajar pula, setelah mengetahui keputusan ujian IQ, merasakan
yang mereka baru menyedari suatu kehebatan yang selama ini mereka
sendiri tidak pernah tahu. Mereka percaya bahawa otak mereka bijak.
Mereka bersungguh-sungguh untuk membuktikan sememangnya mereka bijak.
Ditambah dengan kesungguhan guru-guru tadi, segala harapan bertukar
menjadi kenyataan.
Oleh itu jangan berputus asa mengharapkan rahmat dari Allah. Manusia
biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain
jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap
usaha yang anda lakukan. Menjangkakan kejayaan itu milik anda
membuatkan anda tidak putus asa. Kalau anda perlu ubah perancangan
untuk mencapai hasrat, maka ubahlah. Pastikan juga anda
bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin
membantutkan kejayaan anda. Lihat diri anda yang pasti merealisasikan
harapan yang digenggam.
Ingat! Jangkakan kehebatan dalam diri anda dan diri orang lain dan
kehebatan itu akan terserlah bila tiba masanya nanti.
Sekian.. bersambung ke Petua 2.