Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu
bermula dalam fikiran sebelum ia menjadi kenyataan. Terdapat tiga
perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu kejayaan itu
mampu direalisasikan.
Bertanggung jawab sepenuhnya.
Yang pertama, anda perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap siapa
anda, apa yang anda capai dan dimana anda berada hari ini. Anda perlu
menerimanya, walaupun pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan
persekitaran. Sekiranya anda tidak mencapai apa yang anda inginkan
maka andalah yang bersalah, kalau bukan anda maka siapa lagi?
Maknanya kalau anda tidak mengawal haluan hidup anda maka orang lain
akan menggunakan segala kebolehan dan potensi yang ada pada diri anda.
Hanya dengan anda mengakui hakikat yang penting ini, maka barulah anda
boleh menjelajah kehidupan ini dengan lebih berkeyakinan. Anda tahu
yang anda punya pilihan lain, selain dari apa yang anda lakukan setiap
hari. Ingat, "Hanya anda sahaja yang boleh mengubah hidup anda, bukan
orang lain".
Mari kita tinjau bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta resepi
ayam goreng Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan kejayaan. Kol.
Sanders bersara pada usia 65 tahun. Ketika menerima duit pencen
pertamanya, Kol. Sanders merasa cukup kecewa. Beliau tidak
menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap jumlah kecil yang
diperolehinya. Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan resepi
ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Malangnya,
hasrat beliau ditolak. Adakah beliau berputus asa?? Tidakkk...
beliau terus mengubah resepinya dan berjumpa dengan lebih ramai orang...
orang ke-10 kata tidakk.... orang ke-100 kata tidakkkk... orang
ke-1000 juga kata tidakkk... Tetapi orang ke-1008 kata ... "YA..RESEPI
ANDA BAGUS". Sembilan tahun kemudian, setelah bisnesnya maju, Kol.
Sanders telah menjual bisnesnya dengan harga US$2,000,000. Itulah
ganjarannya bagi orang yang gigih dan sabar. Ganjaran bagi mereka
yang mula mengubah haluan hidup setelah menyedari bahawa dialah yang
bertanggung jawab atas siapa dirinya hari ini; dan dialah juga yang
bertanggung jawab untuk memperbaiki pencapaiannya. Tanpa ciri-ciri
ini Kol. Sanders mungkin merasa cukup sekadar menerima habuan pencen
bulanan semata-mata.
Anda juga pasti mahukan kejayaan. Adakah anda telah berusaha ribuan
kali seperti cerita Kolonel Sanders di atas??? Jauh panggang dari api.
Ramai pelajar sekolah yang apabila menyelesaikan masalah matematik,
sains dan lain-lain yang agak susah, hanya mencubanya setakat beberapa
kali sahaja. Tidak sampai pun 10 kali. Inikah cara usaha anda yang
impikan kejayaan? Ingatlah setiap masalah itu datang dengannya
penyelesaian. Setiap cabaran itu datang dengannya habuan dan
pulangannya. Teruslah berusaha... bukan setakat sekali, sepuluh
kali..malah ratusan dan ribuan kali...
Sedikit perbezaan membawa hasil besar.
Yang kedua, untuk mendapat sepuluh kali ganda kejayaan daripada orang
lain bukanlah bermakna anda perlu sepuluh kali lebih gigih, lebih kuat
atau lebih bijak dari mereka. Anda hanya perlu berbeza sedikit
daripada mereka sekeliling anda. Berbeza cara fikir, berbeza cara
bertindak dan berbeza dalam menerima kenyataan hidup. Fokuskan minda
anda untuk lebih baik sedikit daripada manusia biasa. Ini membolehkan
anda memperolehi pencapaian yang luarbiasa, yang tidak terfikir oleh
manusia biasa.
Cuba perhatikan peristiwa dibawah ini. Dalam satu perlumbaan kuda,
kuda yang memenangi tempat pertama akan mendapat wang tunai RM100,000
ringgit. Kuda ditempat kedua pula mendapat RM20,000 ringgit. Kuda
ditempat pertama mendapat ganjaran lima kali ganda lebih besar dari
kuda yang kedua. Adakah ini juga bermakna kuda pertama 5 kali ganda
lebih laju dari kuda yang kedua? Atau kuda pertama berlatih 5 kali
ganda lebih bersungguh-sungguh dari kuda kedua? Atau kuda yang
pertama ditunggangi oleh orang yang 5 kali lebih mahir dari kuda yang
kedua? Jawapannya pasti sahaja TIDAK. Kuda pertama mungkin
mendahului kuda kedua sekadar satu langkah sahaja ke garisan penamat.
Ada ketikanya rakaman video perlu dilihat untuk menentukan pemenang.
Mungkin kuda pertama mendahului seinci sahaja dari kuda kedua. tetapi
seinci ini memberikan pulangan 5 kali ganda lebih besar!
Begitulah juga dalam hidup ini. Anda perlu berusaha lebih sedikit
dari orang sekeliling anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Persepsi membentuk diri. Yang ketiga
ialah persepsi anda. Iaitu bagaimana anda melihat sesuatu yang berlaku
terhadap anda dan disekeliling anda. Kehidupan bukanlah nasib tetapi
lebih kepada pilihan. Anda boleh memilih untuk senang atau susah.
Apabila anda memilih untuk hidup senang, dan sanggup berkorban untuk
kesenangan maka tiada sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak anda.
Persepsi anda terhadap sesuatu natijah pastinya mempengaruhi emosi
anda. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan anda dan seterusnya
pula menentukan hasil iaitu natijah dari tindakan tersebut. Turutan
ini boleh dilihat dalam carta alir dibawah.