Motivasi Diri
Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya
Oleh: Dr.
Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D -
Laman MAP
Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang
itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih
kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak
berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia
akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda
turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka
yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka
sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan
mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga.
Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara
mereka membentuk personaliti mereka dikalangan masyarakat. Orang yang
berjaya selalunya mempunyai personaliti yang mengkagumkan. Personaliti
ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Anda
juga boleh melakukan perkara yang serupa.
|