Motivasi Diri
Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 1)
Oleh: Dr.
Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D -
Laman MAP
Hampir
80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang
dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda
tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat
perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa
matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang
begitu sahajai tanpa disedari.
Imagination is power than knowledge.
Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau
impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan
mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang
sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah
kejayaan.
Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini
adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab
kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang
kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu
sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun....
hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu??
"Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang
boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang kebun???
Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya
tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat
untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.
Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.
-
Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
-
Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
-
Kenapa aku mahukannya?
-
Bagaimana aku boleh mendapatkannya?
Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap
soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.
Contoh matlamat:
Apa?
Aku mahu capai 8A dalam PMR.
Bila?
Tahun 1999
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari.
Kerja sekolah mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.
Cakap tidak serupa bikin.
Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan
tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda? Pastikan setiap
kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak
kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka.
Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Saya
pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang.
Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita
mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan
matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan
tindakan...tindakan...tindakan...
|