HOMEOPATI: TEORI DAN PRAKTIK
[Naskah ini merupakan naskhah simpanan dalam fail Wordstar sewaktu saya belajar homeopati dahulu. Kira-kira terjemahan asal itu dibuat pada tahun 1994. Selepas saya menemui fail ini beberapa tahun yang lalu saya sekadar simpan dan tidak sempat mengeditnya. Justeru, mungkin terdapat bahagian-bahagian yang ketinggalan. Jika itu berlaku, perlulah pengamal melihat kembali naskhahnya yang asal dalam bahasa Inggeris. Pada waktu saya upload naskhah terjemahan ini saya tidak memiliki naskhah asal bahasa Inggeris keluaran dulu itu. Tapi saya masukkan ke site ini dengan harapan ada gunanya buat semua.- Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
HOMOEOPATI: TEORI DAN PRAKTIK
(Karya asal: Homeopathy In Theory And Practice)
Oleh:
Douglas M Borland
Bahagian 1
Adalah menarik untuk melihat sejarah perubatan sejak zaman awal di mana kita mempunyai sedikit pengetahuan. Ini menunjukkan bahawa di sana telah terdapat usaha yang berterusan oleh para doktor untuk menghubungkan praktik mereka dengan kepercayaan falsafah yang dipegang atau penemuan saintifik zamannya. Pada zaman permulaan, hampir keseluruhan kepercayaan yang diterima mengandungi spekulasi falsafah. Sejak bermulanya (fajar) penyelidikan saintifik, kepercayaan yang diterima pada waktu tersebut telah semakin cenderung untuk diuji oleh kenyataan yang dibuktikan oleh fakta.
Di setiap kurun usaha para doktor ialah untuk menyesuaikan praktiknya dengan dogma ahli sains dan falsafah yang berkuasa. Inilah yang pada umumnya menyumbang kepada amalan perubatan yang sentiasa berubah dan turut menyumbang kepada perubahan yang berterusan yang kita lihat berlaku dalam amalan perubatan hari ini. Kita boleh mengambil sebagai contoh bagaimana di zaman permulaan perubatan, praktik perubatan telah diasaskan atas arahan falsafah mengenai pengaruh hati dan limpa ke atas pelbagai gangguan yang dialami pesakit untuk menyedari bagaimana rawatan para doktor sebenarnya berusaha untuk mengikut ajaran penasihat falsafahnya.
Di zaman pertengahan, kita melihat langkah-langkah utama telah diambil untuk membersihkan cecair beracun tubuh secara teoretikal, yang sekali lagi dianggap betul pada teorinya. Kemudian kita melihat fajar patologi yang berlandaskan penyakit dan fajar pembedahan operatif (operative surgery) dalam usaha membuang organ yang berpenyakit. Dan sekali lagi kemudiannya kita menyaksi penemuan jangkitan mikrob (microbic infection) dan langkah-langkah yang diambil oleh doktor untuk mengaitkan praktiknya kepada penemuan baru ini. Teori mikrob penyakit ini tentunya masih merupakan kepercayaan yang diterima umum, tetapi kita melihat semakin kurang penekanan diberikan ke atas organisma yang menjangkiti dan sebaliknya semakin banyak pengakuan diberikan kepada tamu yang dijangkiti, dengan modifikasi rawatan yang sejajar.
Seterusnya kita melihat penemuan dan penggunaan kewujudan vitamin-vitamin dan pengaruhnya yang meluas ke atas kesihatan manusia, dan sekali lagi kita melihat praktik perubatan diubahsuai untuk menyesuaikannya kepada penemuan yang terkemudian. Tidak berapa lama dulu, tempat vitamin-vitamin telah diambil oleh kelenjar-kelenjar yang tidak bersaluran dengan proses pengeluaran dalamannya yang tidak putus-putus, dan kedua-dua pengaruh ini masih berperang untuk mendapat tempat pertama dalam perubatan saintifik hari ini.
Akhir-akhir ini setengah daripada pekerja-pekerja Amerika telah mengetengahkan satu teori bahawa kekurangan vitamin di dalam diri para pesakit adalah bukan disebabkan oleh kurang pengambilan vitamin-vitamin tetapi adalah kerana kegagalan tubuh/konstitusi pesakit untuk menggunakan vitamin-vitamin tersebut sebagaimana yang diperlukan demi kesihatannya. Teori-teori dikemukakan tanpa noktah seperti fakta-fakta baru yang sentiasa ditemui, sementara praktik berusaha untuk selari dengan perkembangan semasa. Hanya menerusi penemuan prinsip homoeopati memungkinkan buat pertama kalinya untuk menyatakan satu teori praktis yang dapat di aplikasikan kepada mana-mana dan setiap penyakit.
Peraturan praktis ini adalah berasaskan pemerhatian yang tepat dan telah dibuktikan berkali-kali semenjak seratus lima puluh tahun yang lalu. Ianya tidak sekali-kali bergantung ke atas pelbagai kepercayaan atau perkembangan harian tetapi ia sentiasa tetap dan mengawal rawatan yang yang diberikan oleh setiap doktor homoeopati. Sebagaimana di sepanjang zaman para doktor telah berusaha untuk menjadikan praktiknya selari dengan teori semasa, begitulah para homoeopath mencuba untuk memastikan preskripsinya selari dengan aturan homoeopati.
Masalah kepada kumpulan ortodoks berzaman-zaman ialah untuk menjadikan seni sejajar dengan teori. Masalah bagi para homoeopath ialah untuk menjadikan seninya selari dengan undang-undang homoeopati. Apa yang ingin saya selidiki ialah bagaimana para homoeopath boleh dengan sangat mudah dan tepat membuat praktiknya sejajar dengan prinsip homoeopati.
----------------------
----------------------
Perkara kedua yang perlu difahami ialah daripada sudut pandangan pengamal homeopati kesemua simptom-simptom dan tanda-tanda yang dihasilkan oleh pesakit, yang menunjukkan perpindahan (departure) daripada kesihatan yang lengkap, adalah bukan pada tingkat kepentingan yang sama apabila seseorang itu membuat keputusan mengenai penawar yang paling wajar digunakan di dalam rawatan kes-kes tertentu. Ini telah membawa kepada apa yang diistilahkan secara mudah sebagai Nilai Relatif Simptom-simptom (Relative Value of Symptoms) daripada sudut pandangan preskripsian homoeopati.
Setelah diperoleh rekod yang lengkap dan memuaskan, dan setelah diputuskan yang mana daripada simptom-simptom di dalam kes yang mempunyai kepentingan maksimum, seseorang itu itu harus memutuskan penawar yang mana di dalam Materia Medica homoeopati yang benar-benar sejajar dalam ilmu simptom (symptomatology) untuk disepadankan dengan rekod yang diperoleh daripada pesakit. Ini tidak dapat tidak memerlukan kemudahan (fasiliti) dalam menangani Repertori Materia Medica yang lengkap.
Akhirnya, seseorang itu perlu memutuskan dalam bentuk apakah penawar yang dipilih itu yang paling sesuai (dan memenuhi kesemua simptom-simptom) dengan kes individu yang dia berikhtiar untuk sembuhkan.
Seperti apabila seseorang itu sedang mendekati dengan tujuan melakukan diagnosis, di sana terdapat beberapa tanda-tanda dan simptom-simptom tertentu yang apabila ianya wujud, akan pasti (tidak dapat tidak) menguatkan diagnosis dan menjadikannya lebih meyakinkan. Jadi dalam mendekati satu-satu kes dari sudut pandangan memberi preskripsi homoeopati terdapat tanda-tanda dan simptom-simptom tertentu yang apabila lahir, akan mengaitkan pemilihan itu dengan penawar yang tepat, betul. Seseorang itu diajar tentang apakah ciri-ciri utama dan penting yang mesti ada demi untuk membuat diagnosis yang tepat, dan seseorang itu juga harus belajar apakah sifat-sifat yang berlainan dalam memberi preskripsi homoeopati.
Perkara yang pertama yang seseorang itu harus selalu ingat ialah dalam memberi prekripsi homoeopati seseorang itu berusaha untuk menemui telatah/gaya/kelakuan yang menyimpang daripada normal apabila pesakit itu sakit. Dengan idea di atas di dalam minda, seseorang itu haruslah mengambilkira yang manakah tanda-tanda yang menyimpang daripada normal yang seseorang itu perlu ambil sebagai penentu penawar yang akan dipreskripsikan. Dengan perkataan lain, apakah nilai relatif daripada simptom-simptom yang berbeza yang dilahirkan oleh pesakit.
Daripada sudut pandangan ini, simptom-simptom yang paling bernilai yang seseorang (homoeopath) itu dapat ambil ialah simptom-simptom yang terkeluar daripada kedudukan normal mental pesakit.
Simptom-simptom mental ini dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mengikut pandangan kami, yang paling penting dan bernilai ialah mana-mana simptom yang menunjukkan perpindahan daripada keseimbangan normal/kebiasaan pesakit. Yakni, apa-apa perubahan yang disifatkan sebagai karakter (keperibadian/perwatakan) pesakit. Sebagai contoh, sekiranya seorang (homoeopath) itu sedang merawat pesakit yang biasanya berada di dalam keadaan tenang dan tenteram, tetapi sejak mengidap sakit-demam telah menjadi resah-gelisah, gugup dan bengis - beliau seharusnya mengambilkira bahawa fakta/kenyataan itu merupakan satu daripada kenyataan paling penting dalam menentukan penawar apakah yang patut diberi.
Satu perkara yang timbul di sini yang memberi tidak sedikit masalah, terutama berapa berat harus dia timbangkan kepada laporan ke atas karakter normal pesakit berbanding dengan perubahan karakter yang secara kebetulan berlaku dengan kehadiran sakit-demam. Dalam rawatan kes kronik, di mana seseorang terserempak dengan ciri-ciri mental yang begitu jelas bagi memperlihatkan pesakit itu kelihatan abnormal berbanding dengan purata (insan), keabnormalan tersebut seharusnya diambilkira dalam membuat preskrip bagi kesnya, walaupun di sana tiada perpindahan daripada apa yang diterima sebagai kedudukan normal beliau. (Sebaliknya) Apabila anda berdepan dengan keadaan akut dan subakut, adalah lebih baik jika dibataskan perhatian anda kepada perpindahan daripada (keadaan) normal pesakit berbanding dengan perpindahan daripada purata umum insan. Bilamana jenis simptom-simptom mental seperti ini yang ditemui, apa yang disebutkan ini adalah yang paling bernilai dari sudut pandangan pemberian preskripsi, dan ianya mesti diliputi oleh penawar yang dipilih untuk merawat kes tersebut.
Simptom-simptom mental yang besar selepas itu yang amat penting ialah apa yang seseorang (homoeopath) itu kelaskan di bawah tajuk gangguan Naluri Asas/Utama (disturbances of the Primary Instincts). Pertama-tamanya, terdapat gangguan terhadap naluri memelihara diri. Umpamanya, sekiranya pesakit itu tiba-tiba merasa benci kepada hidup, atau berkehendak kepada membinasa diri sendiri, iaitu gangguan yang ia kira tersangat penting dan mesti diliputi oleh agen penawar.
Beserta dengan naluri asas memelihara diri, beliau (homoeopath) boleh mengumpulkan sebarang fobia (rasa takut) yang mungkin pesakit itu alami. Ini pada asasnya bergantung kepada naluri yang sama tadi dan dikelaskan sebagai sama penting. Dalam kelas yang sama, walaupun sedikit kurang penting, seorang (homoeopath) itu meletakkan simptom-simptom yang disebut sebagai gangguan naluri sosial - yakni apa-apa yang ada kaitan dengan pemeliharaan ras seperti gangguan terhadap kasih-sayang, perubahan dalam hubungan kekeluargaan, kekurangan terhadap keinginan kebiasaan kepada teman atau simpati, bahkan apa saja yang menunjukkan perpindahan daripada naluri sosial yang biasa.
Kemudiannya ialah simptom-simptom kelas ketiga di mana seseorang itu harus mengambilkira dan yang mana seseorang (homoeopath) itu boleh menamakannya secara mudah sebagai gangguan kepada Pemahaman atau Intelek (disturbances of the Understanding @ Intellect). Di bawah tajuk ini, seseorang itu harus mengambilkira gangguan-gangguan seperti ilusi atau delusi, atau simptom-simptom yang timbul semasa meracau. Juga di bawah tajuk yang sama, seseorang itu boleh memasukkan mimpi-mimpi yang yang berlaku secara berterusan.
Akhirnya, di bawah bahagian mental seorang (homoeopath) itu boleh menimbang simptom-simptom yang menunjukkan keupayaan mental secara umum seperti kuasa memberikan konsentrasi, kesanggupan/mampuan untuk bekerja, susah mencari perkataan atau ungkapan yang sesuai dan gangguan terhadap ingatan/memori.
Sekiranya dijumpa simptom mental secara keseluruhannya maka ia akan merupakan faktor penentu dalam pemilihan penawar yang secocok. Dan di bawah tajuk simptom-simptom mental, darjah / tingkat-tingkat keutamaan adalah: pertama: karakter, kedua: gangguan terhadap naluri-naluri asas, ketiga: gangguan terhadap pemahaman atau intelek, dan akhirnya: gangguan keupayaan mental dan memori yang umum.
Kini sampai kepada simptom-simptom fizikal yang diadu oleh pesakit di mana dari sudut pandangan pemberian preskripsi seseorang itu sekali lagi mengrednya mengikut darjah kepentingan. Di sini seseorang (homoeopath) mengira simptom-simptom fizikal yang paling penting ialah simptom-simptom yang merujuk kepada pesakit secara keseluruhan berbanding simptom-simptom yang merujuk kepada satu atau lain-lain organ atau bahagian. Ini disebut sebagai Fizikal Umum (the Physical Generals), yang bermaksud pesakit pada umumnya atau secara keseluruhannya adalah lebih baik atau merosot dalam keadaan tertentu, atau dia mempunyai perasaan yang umum berbanding dengan sensasi yang dirasa di setengah-setengah bahagian tertentu.
Dalam praktik, telah didapati bahawa simptom-simptom yang umum ini sekali lagi tidak sama nilai kesemuanya. Dan natijahnya, terdapat kecenderungan untuk mengkelaskannya di bawah tajuk-tajuk yang berlainan mengikut darjah kepentingannya. Melihat dari sudut ini, seorang (homoeopath) mengira bahawa simptom-simptom umum yang melahirkan keinginan-keinginan dan kebencian-kebencian fizikal adalah merupakan yang paling penting. Apa yang dimaksudkan dengan keinginan2 dan kebencian2 fizikal yang cuba dilahirkan oleh seseorang itu, pertama sekali ialah gangguan-gangguan seks, dan keduanya apa-apa kebencian atau hasrat kepada jenis-jenis makanan atau minuman tertentu.
Yang kedua penting, seseorang (homoeopath) mengambilkira reaksi pesakit secara keseluruhan kepada rangsangan luaran (external stimuli), yakni respons mereka kepada panas dan sejuk, udara segar atau pengap/sesak, basah atau kering, guruh atau salji, dan seterusnya. Sebagai tambahan, bahagian ini termasuk juga apa-apa kecenderungan kepada ketika atau masa datangnya aduan. Dan termasuk juga apa-apa makanan yang tidak selaras dan apa-apa manifestasi alahan yang nyata.
Simptom-simptom umum yang ketiga boleh diterangkan dengan mudah dengan istilah Reaksi atau Sensasi Umum (General Sensation or reaction) pesakit sebagai tindakbalas kepada tindakan-tindakan tertentu atau sebagai tindakbalas kepada keadaan fisiologi yang tetap, pasti. Contohnya, sama ada pesakit itu lega apabila bergerak atau sedang rehat, sama ada dia lega atau melarat dengan tidur, lega atau melarat apabila berpuasa atau makan - dengan andaian reaksi-reaksi ini adalah umum dan dilahirkan oleh pesakit sendiri sama ada ia merasa lega atau melarat. Di bawah tajuk keadaan fisiologi juga, seseorang itu meletakkan perasaan baik-sihat atau sakit-demam dalam kondisi seperti selepas berak (stool), semasa haid, selepas hubungan seks, atau dalam lain perkataan respons kepada sebarang aktiviti fizikal yang normal.
Di sana terdapat simptom-simptom umum yang lain yang seseorang (homoeopath) itu meletakkannya sebagai mempunyai darjah kepentingan yang sama, walaupun tidak begitu diliputi oleh tajuk yang telah saya berikan. Ini termasuklah simptom-simptom yang begitu umum kepada pesakit, seperti sekiranya kesemua rasa sakit mempunyai karakter yang sama tidak kira di mana ianya terasa maka seorang (homoeopath) akan menjangkakan kemungkinan terdapat faktor (penge)kuasa yang umum dan dengan itu pertimbangan harus diberikan kepada perkara ini semasa memberi preskripsi. Lagipun, sekiranya seorang pesakit sedang menderitai daripada kondisi yang menyakitkan dan kesakitan tersebut cenderung untuk bertambah atau berpindah dengan sifat yang sama di setiap waktu, itu akan dikira perkara yang pada umumnya penting. Atau lagi, sekiranya kesemua aduan pesakit pada keseluruhannya atau kebanyakannya cenderung terbatas kepada satu bahagian tubuh, (sifat) sebahagian itupun dipandang sangat penting.
Kemudian, seorang (homoeopath) mengambilkira kesemua sejarah /latarbelakang perubatan pesakit yang lepas yang mungkin memberi kesan kepada gangguan semasa/kini, dan seorang (homoeopath) itu memberikan pertimbangan yang sama darjat/berat kepada perkara tersebut dalam langkah-langkah pemberian penawar. Di bawah tajuk ini, seseorang itu akhirnya meletakkan apa sahaja dalam sejarah pesakit yang mungkin menunjukkan (penyakit) kecenderungan keluarga atau penyakit keturunan (hereditary dyscrasia).
Yang agak kurang penting tetapi apa yang seseorang itu masih menganggap umum dalam karakternya ialah simptom-simptom yang merujuk kepada pendarahan dan discaj, dengan andaian pendarahan dan discaj itu berterusan karakternya walau daripada mana-mana bahagian anatomi.
Apa yang disebutkan tadi merangkumi kesemua simptom-simptom umum, dan darjah nilai(nya) dari sudut pandangan pemilihan penawar adalah mengikut aturan berikut: pertama gangguan kepada keinginan fizikal (physical appetites), kedua respons umum kepada rangsangan luaran (external stimuli), ketiga reaksi umum sebagai tindakbalas kepada aktiviti fizikal atau kedudukan fisiologi, juga sakit yang mempunyai karakter yang umum, sejarah personal yang lampau dan sejarah keluarga, dan yang paling kurang penting ialah pendarahan dan discaj.
Akhirnya, seseorang (homoeopath) itu melihat simptom-simptom yang merujuk kepada satu atau beberapa organ atau sistem, @ dengan perkataan lain merujuk kepada simptom-simptom yang biasanya pesakit awal-awal lagi mengadu. Juga dari sudut pandangan pemberian preskripsi, seseorang itu tidak menganggap simptom-simptom ini sebagai mempunyai darjah kepentingan yang sama. Malah dia akan menganggap bilamana satu simptom itu merujuk kepada organ vital, maka ianya akan menjadi lebih penting daripada simptom-simptom yang merujuk kepada organ permukaan atau kulit. Simptom-simptom yang merujuk kepada jantung, paru-paru, sistem penghadaman (digestive tract) dan sistem saraf pusat akan diberi kepentingan yang lebih. Sebaliknya, simptom-simptom yang merujuk kepada tulang rangka, otot-otot, sendi-sendi atau saraf kurang penting (periferal) akan dianggap kurang penting. Dan akhir sekali, simptom-simptom yang merujuk kepada tisu subcutaneous atau kulit akan dipandang paling kurang penting.
Dalam sebahagian kecil kes-kes seorang (homoeopath) akan bertemu dengan contoh-contoh di mana simptom-simptom atau satu simptom tertentu yang diadu oleh pesakit dianggap sebagai ganjil (peculiar). Keganjilan itu mungkin bergantung kepada kenyataan bahawa dalam pengalaman seorang (homoeopath) berkaitan penyakit yang dialami oleh pesakit tersebut dia akan menjangkakan aduan pesakit akan berlawanan dengan yang sepatutnya berlaku. Sebagai contoh, di mana seorang (pesakit) mengalami radang sendi yang sangat nyata, menurut pengalamannya (homoeopath) sendi tersebut akan sensitif kepada urutan dan pergerakan. Tetapi sekiranya, dia (homoeopath) menerima kes di mana situasi yang berlawanan berlaku, iaitu sendi yang sakit itu lega dengan manipulasi dan urutan, maka dia mengira bahawa keganjilan itu mesti diambil kira dalam pemilihan penawar yang tepat.
Sejenis keanihan lagi yang kerapkali ditemui homoeopath ialah kes di mana simptom yang sangat biasa timbul hanya dalam keadaan yang ganjil dan terhad. Contohnya, adalah biasa bila mendapati pesakit mengalami cirit-birit (diarrhoea), tetapi bilamana cirit-birit itu disebabkan oleh pengharapan (anticipation) kepada aktiviti-aktiviti yang jarang/luarbiasa, fakta itu mesti diambilkira. Atau dalam keadaan yang bertentangan, sembelit telah menjadi kebiasaan di hari ini, tetapi bilamana seseorang itu mendapati kes di mana pesakit itu tidak dapat membuang air besar di saat kehadiran jururawat, maka sekali lagi simptom itu perlu diambil sebagai peringatan. Atau satu lagi contoh yang selalu diutarakan ialah di mana kesukaran untuk kencing dirasai hanya apabila ada orang yang ada berhampiran/disekitar.
Apabila saja seseorang itu terserempak simptom-simptom ganjil ini, mereka selalu harus mencatatnya dengan berhati-hati dan usaha hendaklah dibuat untuk memasukkannya ke dalam gambaran penawar yang akan dipreskripsikan. Dalam banyak kes, adalah mungkin dengan mengambilkira simptom-simptom ganjil ini sahaja kita boleh diarahkan kepada penawar yang paling tepat. Tetapi perhatian yang berat hendaklah diberikan dalam perkara ini kerana rekod mengenai penghasilan simptom-simptom ganjil ini tidaklah lengkap, dan lebih-lebih lagi dalam keadaan mana simptom-simptom mental atau umum yang sangat jelas yang dihasilkan oleh penawar adalah berlainan/berbeza dengan simptom-simptom mental dan simptom-simptom umum yang nyata si individu pesakit yang melahirkan simptom-simptom yang ganjil(anih), tiada kesan kesembuhan akan menyusul pemberian penawar yang ditunjukkan dengan jelas tadi. Atau dengan perkataan lain, meskipun simptom-simptom ganjil ini mungkin boleh memberi bantuan yang besar apabila tidak terdapat tanda-tanda yang bertentangan (contra-indications), ia tidak boleh dianggap mengatasi unsur-unsur (symptom-simptom) yang lain.
Setelah mendapat gambaran yang jelas mengenai nilai relatif simptom-simptom dari sudut pandangan preskripsi homoeopati, seseorang itu harus mendekati masalah bagaimana ia dapat memastikan untuk memperoleh kesemua maklumat yang perlu mengenai kes-kes yang tertentu. Seseorang itu mungkin mendapati bahawa mengambil kes menerusi sudut pandangan perubatan biasa membolehkannya mendapat semua maklumat/sifat-sifat yang relevan (relevant features) yang membolehkkannya membuat diagnosis. Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes diagnosis itu tidak akan dapat membantu dalam pemilihan penawar. Pada keseluruhannya hal ini akan ditentukan oleh simptom-simptom yang diberikan oleh pesakit yang menunjukkan ianya tidak sihat, atau dalam perkataan yang lain ia telah berpindah daripada normalnya.
Kejayaan seseorang di dalam seni pemberian preskripsi homoeopati pada keseluruhannya bergantung kepada kemampuan seseorang mengindividualisasi setiap kes yang ia rawat. Dengan menumpu kepada tujuan ini, apa yang seseorang itu selalu berusaha untuk lakukan ialah mengetahui bagaimanakah cara simptom yang diadu oleh pesakit itu diubah (modified) oleh keadaan luaran (external circumstances), atau oleh apa-apa tindakan pesakit, atau dipengaruhi oleh masa. Sebagai contoh, adalah pengalaman yang biasa apabila seorang pesakit datang dengan simptom-simptom reumatik yang tidak pasti, yang mengandungi sejumlah kekakuan, kesakitan dan kesukaran bergerak yang tertentu.
Simptom-simptom ini tidak sekali-kali membantu dalam pemilihan penawar anda kerana ia mungkin akan dirangkumi oleh seratus atau lebih penawar yang berlainan. Apa yang seseorang (homoeopath) itu cuba usahakan ialah mendapat maklumat daripada pesakit setepatnya mengenai keadaan yang bagaimanakah yang sebenarnya merubah aduan; yakni adakah ianya dipengaruhi oleh apa-apa tindakan pesakit seperti pergerakan, rehat, adakah ianya disebabkan perubahan cuaca, atau adakah ia cenderung melarat pada jam-jam tertentu dalam tempoh 24 jam. Daripada sudut pandangan diagnostik yang biasa kenyataan ini mungkin memberi sedikit kepentingan; tetapi daripada sudut pemberian preskripsi homoeopati simptom-simptom tersebut merupakan faktor-faktor penentu bagi kes.
- bersambung.....
Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
drhatta3@yahoo.com
Apologi: Saya pohon maaf kerana tidak berhasrat untuk membuat semakan teliti kali kedua, tetapi berdasarkan semakan secara sepintas lalu, saya percaya ia boleh difahami oleh pelajar homeopati maupun pengamal yang bijaksana. – Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
Copyright © Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
2011